Tuesday 24 August 2010

Murtabak Maggi


Hari ni layan murtabak maggi yer.... ni semalam punya last minute plan... tak tau nak buat cemel-cemelan apa utk buka puasa... dok tenung depan rak makanan, terpandang maggie... ayam yg dah defrost pun ada... so apa lagi.... murtabak maggie satuuuu!!!!!!!!

Dari zaman anak dara lagi dah dok buat murtabak maggie ni... teringat pulak kat anak2 buah Emi... bila dh berkumpul ramai2 tu, emi mmg suka masak utk diorang... diorang la yang paling suka makan... ada sorang anak buah ni, kitorang panggil dia "Angah"... dia ni bab2 makan ni memilih... selalu bila berkumpul, kakak-kakak Emi dan anak2 buah yang lain akan request Emi buatkan lasagna... tapi si Angah ni alergik sungguh ngan lasagna... tak sampai hati punya pasal, Acu dia ni pun akan buatkan la murtabak maggi ni utk dia.... kalu dah buat tu, yg lain pun akan menumpang la jugak... niat nak buat khas utk si Angah yang tak makan lasagna... tapi tetap kena buat berkeping2 supaya semua mulut dapat merasa... huhuuhu... layanzz......

Ok... ni resepi yang selalu emi guna bila buat murtabak maggi... lebih kurang macam murtabak biasa jer...



Bahan-bahan

1 bungkus mi segera (perasa apa pun takpe) - masak mi sahaja (tanpa perasa ye...) dan toskan airnya
sedikit isi ayam - cincang
1/2 biji bawang besar - potong dadu
sedikit kobis - optional (selalu emi tak letak pun)
daun bawang - optional
1/2 biji cili merah - potong dadu (optional) - yang ni pun emi jarang letak
1 sudu kecil serbuk kari (kalau suka)
2 biji telur
garam secukup rasa

Cara-cara
  • Pukul 2 biji telur dalam mangkuk... pukul sikit jer macam nak buat telur dadar tu.
  • Masukkan semua bahan-bahan yang lain (kecuali mi) ke dalam telur dan kacau rata.
  • Boleh juga masukkan perisa mi segera tu. Kalau tak nak, tambah sedikit serbuk kari dan garam sebagai perasa.
  • Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak.
  • Ambil separuh dari mi yang dah dicelur tadi dan masukkan separuh daripada campuran telur ke dalam mangkuk kecil dan kacau rata.
  • Bila kuali cukup panas, tuangkan ke atas kuali dan ratakan. Bentukkan la macam murtabak.
  • Masak macam buat murtabak biasa. Jangan lupa terbalikkan untuk pastikan murtabak tu masak dengan sempurna.
  • Dah masak, angkat dan ulang proses masak dengan baki mi dan adunan telur selebihnya.
  • Bila siap, potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment