Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Saturday, 21 August 2010

Cekodok pisang


Semalam lalu kat tepi kedai "makcik" dekat dgn rumah Emi... ala2 kedai runcit gitu... tgk2 dia jual pisang yg dh masak sgt (besar) 6 biji 100yen... tu kira murah la tu (kt Chiba ni la) sebab kalau pisang yg elok pun harga lebih kurang 100yen tu cuma dlm 4 biji saiz sedang punya.. tu pun jarang2 dpt jumpa... lg mahal ada laa... huhuhu...

Dalam kepala mmg dah plan... kalau beli pisang ni, balik karang buat cekodok pisang... tanya kat Amalia nak makan cekodok pisang tak... laju jer dia jawab "NAK!!"... antara makanan favourite dia....

Buat cekodok pisang ni ada macam2 version... ada orang campur kelapa parut dlm cekodok pisang ni... tp Amalia n En. Hubby suka cekodok pisang yg sempoi macam ni jer... so ni menu kudapan berbuka semalam...


Bahan-bahan

6 biji pisang masak (saiz besar) - lenyek
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula (optional esp kalau pisang jenis tak manis)


Cara-cara

Satukan semua bahan dalam mangkuk. Kacau rata. Biar 10 min. Goreng dlm minyak panas. Sedia untuk hidang. Sonang jer... huhuhu....

Monday, 16 August 2010

Kuih lapis pelangi





Hahaha.... tercapai juga hasrat nak buat kuih lapis untuk buka puasa semalam... ni gara-gara skodeng dapur Hana laa nih... yang sebenarnya, ni la first time Emi buat kuih lapis... selalu kalu buat kuih, suka buat kuih-kuih pedas... yang manis2 ni jarang buat... sekali sekala jer buat... kalu kuih lapis ni pulak, mmg tak penah buat sebelum ni... beli selalu laa... huhuhu....

Bila Amalia tau ibu dia buat kuih lapis ni... terus dia kata, "yea!!! my favourite... tenkiu ibu!!" aduhai anak... tak sesia ibu berpanas mengadap periuk kukus... huhuhu....

Resepi kuih lapis ni dah masuk banyak rumah dah... kalu tak silap, susur galurnya dari rumah kak hanieliza. Emi sendiri amik dari dapur Hana yang telah mengskodeng dapur kak ummi... apapun, resepi ni ni mmg confirm jadi... worth a try... kat sini Emi copy n paste resepi untuk rujukan bersama... maybe ada sket yang Emi edit untuk lebih senang paham... mintak ampun ye sensei-sensei semua.... huhuhu....


Hasil potongan yang tak cukup smooth... gara2 tak sempat tunggu sejuk untuk potong...

Bahan-bahan: (loyang bulat 7 inci)
  • 2 cawan santan pekat - Emi ikut hana lebihkan 1/4cwn
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah, hijau, kuning & ungu - ungu tadak!
Cara Menyediakan
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian. (Emi blend jer adunan bagi halus, tak tapis pun... emi bahagi kepada 3 bahagian jer, I don't have purple, remember??)
  2. Masukkan pewarna merah, hujau dan kuning ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna kuning (dan warna seterusnya, ikut la berapa banyak warna yang kita guna...huhuhu).
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali biarkan kukus selama 15 minit)

(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)

Note: Pesan mak Emi pulak, setiap kuih yang masak guna pengukus, alas @ ikat tutup periuk pengukus dengan kain untuk elak air menitik atas permukaan kuih.

Sunday, 15 August 2010

Hari pulut...

Pejam celik rupanya dah 4 hari puasa... selama 4 hari ni jugak keluarga Chiba masih berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama... cuma giliran tuan rumah jer yang bertukar... so, sejak hari kedua puasa, cuma masak kuih jer untuk juadah berbuka... menyumbang untuk tuan rumah yang sponsor majlis berbuka...

Dah dua hari berturut buat juadah yang berasaskan pulut... hehehe... hari pulut... semalam (puasa ke-3) buat pulut panggang... teringat stok daun pisang dalam freezer, tu yang semangat nak buat pulut panggang.... inti special... ala-ala serunding ikan sebab En. Hubby tak boleh makan udang, so tak leh guna udang kering dlm inti... buat jugak kuih keyap sikit... kot2 la nanti ada yang tak leh makan pulut...

Untuk buka puasa tadi (puasa ke-4), tuan rumah request buatkan pulut kuning... dia offer buat rendang... huhuhu... selamat.... setakat pulut kuning, bisa di aturrr..... hehehehe....


Pulut panggang & kuih ketayap

Resepi asal pulut panggang Emi ambil dari Almari Resepi Nita... untuk intinya tu Emi modified sket la sebab En. Hubby tak leh makan udang dan yang seangkatan dengannya (udang kering).... Emi mintak izin copy n paste kat sini ye...

Bahan2:

Utk pulut

2 cawan pulut (rendam ler sekurang2nyer 3 jam)
1 cawan santan cair
Garam secukup rasa

Utk inti


1 cawan kelapa parut (emi guna kelapa kering)
2 biji bwg merah (emi guna 1/2 biji bawang besar)
1 btg serai
1 inci halia
20 ekor udang kering (emi guna isi ikan mackeral)
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa
* emi tambah 10 tangkai cili kering (direbus)

Bahan lain
Daun pisang
stapler
Minyak utk mengoles

Cara2:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut.

Dalam pada tu buleh mula buat inti. Blend kering bawang, udang kering,serai & halia. Kemudian ramas2 bahan tadi yg sudah diblend kat kelapa parut tu. Ramas sekali asam jawa & kunyit tu. Bila dah rata, masukka dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa. Kalau pakai desiccated coconut, rendam dulu kelapa tu..lepas tu masa goreng kering tu, bubuhler santan pekat sehingga kelapa nampak lembab. Masak dgn api kecik sehingga keperang2an atau masak.

Bab daun pulak, layur dulu atas api kasik dia lembut & buleh digulung & dilipat. Lepas tu amik kitchen towel, bubuh sedikit minyak dan oleskan minyak tu kat daun pisang ( belah dalam - yg x kilat)...lepas tu..mulalah bubuh pulut..dan inti dibhgn tengah...gulung kejap2. Kalo nak lebih kemas, gulung atas tikar sushi tu..lagi kelas u!!! Kemudian lipat bhgn tepi & stapler. Kalo lebih tradisional & rajin, gunalah lidi. Bakar atas grill pan dgn api kecik dlm 10 minit camtu. Wokeh..sekian ..itu jer la!

Note:
inti version emi : rebus ikan dan ambil isinya sahaja... blend cili kering, bawang, serai, halia... boleh la bubuh air sikit masa blend tu... satukan bahan blend, isi ikan, kelapa kering, air asam jawa dan serbuk kunyit dalam kuali... kacau dan goreng (tanpa minyak ye) atas api kecil sampai kering dan masak... jangan lupa pulak bubuh garam dan gula secukup rasa...


haa... ini pulak "pulut cinta"... penangan bakso cinta Azam sinetron KCB Ramadhan Special... huhuhu