Thursday, 19 August 2010

Sambal ayah a.k.a bapak mertuaku


Haa.... ni lauk berbuka semalam.... hari ni nak share menu yang simple tp menyengat ni... kata En. Hubby laa... Emi belajar buat ni lepas tutorial ngan En. Hubby masa baru-baru kahwin dulu... kena la belajar buat sebab dia dok cerita pasal "sambal ayah", "sambal ayah" jer... maksudnya dia suka la kan....

Kenapa sambal ayah?? En. Hubby kata sebab selalunya ayah dia yang masak lauk ni untuk bwk g keje pagi2... mmg betul pun... bila gi rumah my in-laws, mlm2 sebelum tido ayah akan dok menumbuk rencah sambil kira bilangan cili yg dah masuk dlm lesung... pastu karang dengar la bunyi dia menumis... huhuhu.... esok pagi2 lauk tu la yang orang lain dalam rumah akan buat lauk sarapan ngan nasi putih.... dah namanya jawa... mkn nasi pepagi buta tu tak peliknya....

Sekarang lek Bukari dah dok kat rumah jer... dah tak gi keje lagi... wes tuek dia kata... hahaha.... tapi orangnya masih sihat... alhamdulillah... tapi legasi "sambal ayah" masih diteruskan... walaupun bukan untuk dibawa ke tempat kerja... huhuhu....


Jom tengok resepi yang sangat simple ni....

Bahan-bahan

*10 - 15 biji cili padi - emi suka campur hijau & merah (ikut tahap pedas masing2 la ye)
*ikan bilis - agak2 sejemput gitu
*1 biji bawang besar - 1/2 biji tumbuk, 1/2 biji hiris untuk menumis
*2 ulas bawang putih
sedikit soohon - rendam supaya lembut
1 biji telur
air
minyak untuk menumis
garam dan gula untuk perasa

Cara-cara
  • tumbuk lumat bahan-bahan bertanda * - Emi blend jer... tak de lesung batu kat sini...
  • panaskan minyak dalam periuk
  • tumis bawang hiris hingga layu
  • masukkan bahan yang telah ditumbuk dan goreng sampai naik bau
  • masukkan air untuk kuah - anggaran dlm 2 cawan
  • biar didih kemudian perisakan dengan garam dan gula
  • pecahkan telur ke dalam periuk... biar sekejap sampai agak-agak telur dah nak mengeras, kemudian baru kacau supaya telur tak hancur sangat...
  • akhir sekali masukkan soohon dan biar didih sekejap kemudian tutup api.
  • siap untuk dihidang.


Note: En. Hubby kalau dah ada sambal ni, tak payah masak lauk lain pun takpe... memang dia akan berselera betul makan...

8 comments:

Asmara said...

wah pandai la emi ikut resepi ayah. hihi.. x pandang kiri kanan hubby yer dpt makan sambal ni. hubby kite lak x leh mkn pedas, terpksa gak masak ikut selera dia. huhu.. tp kadang bantai je masak pedas. ngeh3... kite nak cuba la nnti sambal ni. soohon pun ada kat rumah ni. mesti sedap mkn time sahur. :)

biba said...

kami sumer membesar ngan sambal itu..haha

aile77 said...

tu la as... kena la ikut tekak En. Hubby kan...

Kalu version tak pedas pulak, mak emi sendiri dulu2 selalu gak buat... tak letak cili, tp bahan yang lain tu sama laa.. pastu tambah kentang n tauhu kering sket (puchuk)... kitorang panggil lauk ni "sup kentang"... huhuhu

cuba as jangan tak cuba...

En.hubby said...

sayannggggggg dia.....tengkiu my dear. resipi sambal ayah turun temurun...

Mama Qiestina said...

weeeeeeeee nampak cedappp!

nak tryla kak emii..

aile77 said...

huhuhu.... ala mama qies... nanti gi pt baring mintak la wak bukari buat kan... yang tu lg original maaa....

zuraidah said...
This comment has been removed by the author.
zuraidah said...

Nenek Idah shuka 'sambal ayah' tu, pagi2 jenguk dapur dalam kuali ada 'sambal ayah' terus berselera nak makan nasi, pas tu ulam ngan 'ciper'...huuuh...maremm!!

Post a Comment