Friday, 29 October 2010

Berikan aku ketabahan itu...

Kulihat jauh ke dalam matamu...
mencari sejalur kekuatan...
agar aku bisa berdiri teguh...
tatkala hati rapuh diduga perasaan...

Dalam renung mata itu...
ada getar yang meruntun jiwa...
mohon ketabahan terus melarik denai hati...
yang kian basah dengan tangis sendu...
lantaran hitungan garis resah...

Bening air dalam matamu...
mengalir seribu rasa...
padanya aku khabarkan gundah lara, agar kau titipkan penawar...
aku eluskan resah yang bersarang, agar damai yang kau bawa...
sesungguhnya aku nanar
melihat keringat bisa yang mengalir di wajahmu...

Namun...
demi mata hati mu itu...
aku lenyapkan segala gundah, resah, getar dan lara...
agar yang terlihat olehmu
adalah kasih ku yang tulus...
agar kau jua bisa bangkit...
kerana kita perlu akur...
di sebalik kesukaran ini...
ada kasih yang benar-benar agung...
yang menunjangi kasih kita...
dan kita tahu...
kita punya DIA untuk dipasrahkan segalanya dengan redha...
bersabarlah...


catatan hati....

buat suami yang tercinta... moga dirimu beroleh kesejahteraan dan kita sama-sama tabah menghadapi kesukaran di tanah asing ini...

Thursday, 21 October 2010

Dah macam hotel...

Hmm... cuba korang teka... gambar ni kat mana... hahaha...sure korang takde masa la nak layan soalan kuiz petang-petang gini kan... dah la takde hadiah... nak suruh main teka-teka pulak... hehhehe...

Ok laaa.... meh sini nak bagitau... yang sebenarnya gambar ni adalah gambar reception counter kat sebuah klinik gigi kat Inage... jejak jer dalam klinik ni tadi... maaakkkk aaiihhh.... dah macam hotel la pulak.... kalu cam gini... doktor cabut abis gigi sampai rongak pun tak sedar... ekekeke.... ada ke patut...

Tapi serious punya cakap laa... memang cantik klinik gigi ni... dari bahagian kaunter, ruang menunggu sampai la ke area rawatan pesakit... memang class... langsung takde rupa klinik... accept when you come to the part nampak segala mesin nak drill gigi tu... pastu dengar pulak bunyi nyaring mesin drill or cuci gigi... haaa... time tu baru terasa kat klinik gigi... huhuhuhuhu....

Okey... sekadar melaporkan suasana kat klinik gigi ni sementara tunggu en. Hubby siap buat treatment...

Monday, 18 October 2010

Kekkon Omedetou Gozaimasu.... Chiba Sensei


Kata orang.... takde rotan, akar pun berguna.... macam tu lah kot kalau nak dibuat perbandingan kepada situasi sekarang ni.... hehehehe.... apa situasinya???

Hmmm.... kan dalam entry minggu lepas ada cerita pasal majlis perkahwinan adik-adik ipar en. Hubby... ala... entry yg buat korang suspen tu kononnya kitorang balik Malaysia.... haaa... dah ingat??? Oleh kerana kempunan tak dapat tengok diorang bersanding, maka pada hujung minggu baru ni.... kami tak lepaskan peluang untuk tengok majlis perkahwinan sensei kesayangan Amalia, Chiba sensei.... huhuhuhu.... so, boleh pakai ker peribahasa kat atas tu?? hahaha.... ampun cikgu BM.....

Sweet & lovely

Ok... berbalik pasal cerita Chiba sensei... kitorang bukan la attend wedding ceremony dia.... sekadar datang untuk ambil gambar jer... macam kawan-kawan Amalia yg lain jugak.... semua tak sabar-sabar tunggu sensei diorang keluar sebab nak tengok Chiba sensei in wedding gown.... Sensei siap sediakan info tentang majlis dia tu kepada sesiapa yg plan nak datang... ye laa... maklumat serba sikit macam, pukul berapa dia dijangka keluar church dan jugak map untuk pandu arah ke tempat majlis...

Jambangan daripada PTA

Sehari sebelum tu, pada hari Jumaat, seperti yg dirancang sejak sebulan lalu, ahli PTA (ibu-ibu ler... termasuk la den jugak... hehehe) kelas Amalia berkumpul kat sekolah untuk serahkan flower bouquet kepada Chiba sensei... yg anak-anak pulak serahkan kad ucapan tahniah yg diorang tulis sendiri.... menangis terharu Chiba sensei dibuatnya...

Sekitar sessi penyampaian jambangan bunga & kad ucapan


Amalia menyerahkan kad ucapan tahniah kepada Chiba sensei

Hari Sabtu pulak temankan Amalia tengok sensei dia... sambil-sambil tu sempat la jugak photo shoot serba sikit gambar Chiba sensei n Hubby...

The blessing...

Ramai jugak kawan-kawan Amalia yg datang... kebanyakannya datang dengan mak masing-masing... tak lama menunggu, wedding bell pun berbunyi menandakan "bride & groom" akan keluar... excited sungguh budak-budak ni nak tengok sensei diorang... "Handsome husband sensei..." kata Amalia... hehehe....


Omedetou gozaimasu, Sensei...


Dari sebiji belon besar....

Menjadi puluhan belon "hati" comel...





Sekadar pengalaman dan lipatan kenangan di bumi sakura....

Wednesday, 13 October 2010

Emergency!!!

Hari ni teman en. Hubby ke hospital sebab keadaan tangan yang bengkak akibat GOUT nya tak menunjukkan tanda-tanda untuk surut..

Sepatutnya appointment untuk check-up seterusnya hanya pada 28 Oktober nanti... tapi disebabkan keadaannya agak teruk dah berlanjutan selama beberapa hari... maka tadi kami terpaksa buat "panggilan kecemasan" kepada adik-adik bujang yang available untuk jadi translator petang ni.. huhuhu... thank you Shakeer sudi temankan kami dan jadi translator tadi...

Alhamdulillah... setelah jumpa doktor tadi, lepas check darah, terus pergi ambil ubat... oleh kerana keadaan sekarang, doktor setkan minggu depan untuk next appointment...

Mudah-mudahan en. Hubby cepat sembuh...

*gambar tu masa pergi ambil darah tadi

Monday, 11 October 2010

10.10.10...Selamat Pengantin Baru adik-adik iparku... yeahooo!!!! dapat balik kampung!!!!

Pada tarikh 10.10.10, adik perempuan en. Hubby telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya.... yang specialnya hari ni... selain tarikh ala-ala glam gitu... hehehehe... bukan satu, tapi DUA PASANGAN PENGANTIN naik pelamin sekaligus hari ni...

Selamat Pengantin Baru

alkisahnya.... seorang lagi adik perempuan en. Hubby telah pun selamat dinikahkan pada 30 April yang lalu... time tu kami tak dapat balik kampung... cuma tengok gambar n terima laporan jer... huhuhu...

Selamat Pengantin (tak berapa) Baru
Solemnization 30.04.10
Reception 10.10.10



the 2 of them... sweet n lovely...

Untuk majlis kali ni... alhamdulillah kitorang sempatlah terbang balik dari Jepun ke kampung Parit Baring di Parit Raja, Batu Pahat, Johor... untuk sama-sama menyaksikan majlis yang sangat meriah tu... tapi kamera canggih la pulak tak bawak... tu yang mutu gambar sekitar majlis agak kelam.... kena tunggu hasil kerja paparazzi pro jugak la kalu nak tengok gambar yang chantek-chantek...

Agaknya dek kerana mengalu-alukan kepulangan kami dari jauh ni.... kami sekeluarga mendapat "layanan khas" ketika majlis akad nikah dilangsungkan... kitorang diberi penghormatan untuk duduk paling dekat dengan pengantin lelaki dan tok kadi... betul2 mengadap diorang... huhuhuhu... jangan jeles... takde la nak kena memanjangkan leher dok terintai-intai nak tengok pengantin.... huhuhu... best... best....

Haaah??!!!! tak caya kitorang balik kampung??? huhuhu.... biasalah... misi gempak macam ni mesti dirahsiakan... baru la surprise.... sila tengok gambar di bawah kalau tak percaya yang KAMI BALIK MALAYSIA semalam....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Haa... kan tu kitorang bertiga bergambar ngan pengantin.... ekekeke... kantoi.... sepanjang majlis dilangsungkan, kami ber"video" confrence melalui skype... nasib baik la pagi tu line internet sangat lancar... almaklum ler... pepagi gitu... line belum sesak kot... huhuhuu....

time ni en. Hubby dengan penuh kesyahduan menyampaikan ucapan tahniah untuk adik perempuannya dan adik ipar baru....

the not so complete family picture.... without the 3 of us.... huhuhuu....

Apa-apa pun... syukur alhamdulillah kerana majlis semalam berjalan lancar... terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga dan semua individu yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini dengan sebaik-baiknya.... jasamu dikenang.... cewah... macam la kita ada kat sana kan... ye laaa... sebab kita tak dapat nak sama-sama rewang la yang kena ucap terima kasih kan... huhuhu....

Untuk kedua-dua pasangan pengantin... Nor & Faiezal serta Biebah & Azhar.... Selamat Pengantin Baru.... selamat menjalani kehidupan berumah tangga.... semoga kalian bahagia hingga akhir hayat.... amin...

Note:

gambar-gambar adalah ehsan (kan dah kata camera canggih tak bawak...huhuuh....mono nak bergambo dlm skype...ekekeke...) daripada FB adik iparku yang cun (hehehe... kena la puji sebab dah cilok gambar...) cik Ieza Bukhary n also our cousin blogger MamaQiestina melalui FBnya... mintak halal eh...

errr.... mintak ampun ye sebab gambar2 tu dah di edit utk tujuan *bentou-ibu.blogspot/photograph* huhuhu....

Saturday, 9 October 2010

Jom ngeteh!!!


Alhamdulillah... hari ni warga Chiba dapat makan roti canai dengan penuh nikmat.... ehsan dari adik-adik di kaikan... sejak kehadiran mereka di Chiba pada bulan 4 yang lalu, bukan sahaja bertambah ahli malahan kami juga mendapat khidmat pakar seorang penebar roti canai.... huuhuu....

Dapat juga kami merasa roti canai "fresh" yang selalunya menjadi menu pilihan ramai di Malaysia.... sebenarnya ini bukan kali pertama kami pekena roti canai.... dah kali ketiga pun.... dan bukan juga kali terakhir ye... Insyaallah....


Hari ni adik-adik thn 1 buat majlis minum petang a.k.a jamuan raya..... menu utama roti canai, speghetti bolognese, cekodok pisang dan kuih cek mek molek... ada jugak menu tambahan / sumbangan seperti bubur kacang hijau, kek bluberry buckle (kata tuan punya dia skodeng kat dapur Hana), puding cocktail... tuan punya blog ni cuma buat chicken pie yang sememeh jek... huhuhu....


Berbalik pada kisah roti canai... yang paling bestnya.... makan mengalahkan kat warung.... tak sempat roti canai tu nak releks lama-lama.... dah kena sambar masuk pinggan... kuah banjir lagiii...... huhuhuhu.....

Apa-apapun... terima kasih banyak-banyak semua untuk jamuan petang tadi... kenyang sampai ke malam... huhuhu.... kepada sesiapa yang makan tak hengat roti canai tu tadi... jangan lupa lari pusing padang ye lepas ni.... satu keping roti canai = lari 2km.... sendiri mau ingat aaa.... wakakakaka.....


Tuesday, 5 October 2010

Mini sandwich

Hari ni anak dara kecik ada "ensoku" (atau bahasa jawanya "outing" / "trip"... ekeke...) dengan kawan-kawan sekolah...

Ini kali kedua dia pergi trip sekolah sejak naik dari cuti summer lepas... best pulak sekolah kat Jepun ni... baru tahun satu dah ada trip... ala-ala rombongan gitu.... huhuhu... kalau kat Malaysia, rasanya dah masuk Tahap Dua baru ada trip keluar..

Hari ni buatkan sandwich mini ni untuk bentou dia... ala-ala burger gitu... satu version Emi balut roti tu dengan telur dadar then bungkus... Amalia mmg suka kalau buat sandwich mcm ni... lgpun senang dia nak makan time diorang picnic nanti... huhuhu...

Monday, 4 October 2010

Erkk... Boleh habis ker??!!

Ada 5 buah novel Ramlee Awang Mursyid berada di tangan sekarang... kalau zaman anak dara dulu... 5 novel mcm ni sekejap jer dah settle... sekarang???

Huhuhu.... agak berchenta jugak la nak menghabiskannya... tu laa... time pinjam tak hengat...

Sebenarnya novel-novel ni Emi pinjam dari kawan yang duduk kat Kodaira seminggu lepas raya hari tu... sampai sekarang. baru usik satu buku... itu pun baru suku.... trilogi Bagaikan Puteri tengah standby tunggu time utk dibaca.... huhuhu...

Dah lama tak baca novel nih... lebih-lebih lg sejak dtg Jepun ni... mana nak jumpa novel melayu kan.... melainkan bawak sendiri or kirim ngan kawan... tak pun mcm sekarang ni... pinjam org punya.... tu yang jenuh nak dapat momentum utk membaca tu.... ganbatte!!!

Sunday, 3 October 2010

Jom sushi....

Tadi keluar pergi beli barang-barang dapur yg dah kehabisan stock di rumah... masa tengah pilih-pilih ikan untuk buat lauk... tetiba en. Hubby cakap, "nampak ikan ni teringat sushi la pulak..." huhuhu... peluang nih...

So.. sekarang ni kami sedang menikmati sushi untuk dinner mlm nih... Tq sayang....

Err... jemput tengok ye semua... huahuahua.....

----

Jom nyanyi...

videoHari Ahad camni adalah hari melepak kat rumah... entah angin apa...tetiba jer 2 beranak ni dok layan lagu jepun... si Amalia dok mengajar ayah nyanyi lagu yg dia belajar kat sekolah...

Tengok ajerlah gaya en. Hubby melayan... terangguk-angguk... tergeleng-geleng... huhuhu....

Friday, 1 October 2010

Sushi Bentou




Sebenarnya ni bentou Amalia masa awal-awal lepas habis bulan puasa hari tu... bila dah lama cuti buat bentou untuk Amalia (sejak dia natsu yasumi then sambung pulak ngan bulan puasa), maka yang paling senang adalah sushi bentou... kalu buat sushi, gerenti licin punya... tapi kalu bawak nasih putih n lauk... hmmm... alamatnya separuh la tak habis... huhuhu....

Buat pun yang favourite dia ajer... biasanya amalia suka makan kani sarada, tamago dan inari... seb baik yg senang-senag ajer... huhuhu.... selamat ibu dia....

Corat coret Aidilfitri 2010 @ Japan

Warna warni di Aidilfitri

Orang lain dah lama upload cerita pasal raya nih... Emi pulak baru nak bukak cerita.... huhuhu.... takper...takper... kira ok la tu kan... sebab time ni geng blogger lain dah sibuk ngan entry pasal masak memasak semula... so ada la jugak cerita lain sket yg nak dibaca selain cerita pasal resepi... huhuhuh.... ayat penyedap hati tu...

Posing Pre-Raya

Raya tahun ini kami berposing dengan koleksi baju dalam simpanan sedia ada sahaja.... tapi Cik Amalia ni tetap la dengan baju baru.... kiriman khas dari Malaysia... baju kurung hijau dari Opah tersayang untuk cucu yang jauh di mata... siap tudung sekali opah pos... minggu pertama puasa hari tu mak Emi call, beria-ia suruh ukur badan cucu dia nih... nak dibuatkan baju kurung rupanya... yang baju merah tu pulak kiriman Mak Az (kakak Emi) dari Teluk Intan... Amalia paling suka dengan tudung merah tu... "macam pengantin" dia kata... ibu Amalia pun dapat la tempias blouse merah tu... En. Hubby pulak dapat t-shirt sehelai untuk matching ngan baju merah ni... huhuhuu.... kiriman-kiriman ni semua sampai beberapa hari sebelum nak raya... senyum lebar si Amalia bila dapat baju-baju ni... terima kasih semua...

1 Syawal @ Kedutaan Malaysia di Jepun

Sempat lagi posing tepi jalan sebelum konvoi... peduli apa orang Jepun nak kata... huhuhu

Seawal pukul 6.30 pagi kami berkumpul dengan warga Chiba yang lain untuk konvoi ke Embassy untuk Solat Hari Raya dan sambutan raya bersama-sama rakyat Malaysia yang lain di Jepun ini... pagi tu sebanyak 4 buah kereta yang bergerak dari Chiba bersama-sama... 4 family dan beberapa orang adik-adik bujang yang tak balik Malaysia... ada satu lagi family dari Chiba yg turut serta ke embassy tapi tak sama-sama dalam konvoi kami pagi tu...

Sampai di kedutaan lebih kurang pukul 8.20 pg setelah menempuh jalan yang agak sesak pagi tu... nasib baik sempat sampai sebelum Solat Aidilfitri mula... dekat pintu masuk lagi dah terserempak ngan geng blogger Asmara tapi tak sempat nak bergambar sebab time tu kamera ada pada En. Hubby... sedih jugak sebab tak dapat bergambar bersama... last nampa As masa kat dewan solat...lepas tu dah tak jumpa lagi dengan As bila masing2 dah sibuk time makan... huhuhuu....

Dalam dewan solat

Bila berkumpul kat embassy ni baru la terasa sikit suasana raya tu... dapat dengar dan sama-sama takbir raya "live", solat sunat aidilfitri dan lepas tu menikmati juadah raya... walaupun tanpa ketupat dan lodeh serta lemang dan rendang, tapi dapat jugalah merasa ketupat segera dan kuah kacang serta nasi beriani... ada jugak kuih-kuih raya yang dijamu... huhuhu...

ish..ish..ish.. anak dia nak makan, sibuk nak amik gambar..

Antara juadah di kedutaan yang sempat diambil gambar... bila dah start makan dan jumpa kawan-kawan... kamera pun entah ke mana... langsung takde dah gambar makanan... huhuhu..

Ayah-ayah a.k.a. the drivers & parking ticket machine... setiap sejam kena pi top-up tiket parking.... nak makan n sembang pun tak senang... huhuhu...

Amalia dan kawan-kawan


Selesai makan, masa untuk bersama kawan-kawan... kalau selama ni dok bersembang dalam FB, blog atau email jer... time ni la dapat jumpa dengan kawan-kawan yang lain... especially kawan2 dari UTHM... ada jugak yang datang dari jauh semata-mata untuk berkumpul bersama-sama... ada yang dari Iwate (utara) dan jugak sejauh Kumamoto (selatan)...

opss... hubby blogger glamer cik puan Hana pun ada... sian dia sorang2 dtg embassy hari tu... apalagi, join group UMP Chiba laa kan.... huhuhu...

makan-makan & sembang-sembang


Team ayah & ibu keluarga UTHM

4 daripada 5 keluarga UTHM yg berkumpul di Kedutaan Malaysia... lagi satu family yg tak sempat nak bergambar tu ialah family blogger Mrs. K si Mama Tomei

Apapun... ini pengalaman pertama bagi kami sekeluarga berpuasa dan beraya di perantauan... bersyukur dengan nikmat yang Allah beri untuk merasai pengalaman ini... semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadhan yang lalu diterimaNya dan kita teruskan di bulan Syawal ini hingga selamanya...

Saiful & Co


Tahun pertama beraya di perantauan


pandang-pandang... jeling-jeling...


hati berbunga chenta...


lepas tu ada pulak yang merajuk... huhuhu...



Moving with technology...

Baru sekejap td setting utk mobile blogging.. huhu.. lepas ni bleh la update blog guna iphone En. Hubby... post yg ni adalah experiment utk mobile blogging...