Monday 18 October 2010

Kekkon Omedetou Gozaimasu.... Chiba Sensei


Kata orang.... takde rotan, akar pun berguna.... macam tu lah kot kalau nak dibuat perbandingan kepada situasi sekarang ni.... hehehehe.... apa situasinya???

Hmmm.... kan dalam entry minggu lepas ada cerita pasal majlis perkahwinan adik-adik ipar en. Hubby... ala... entry yg buat korang suspen tu kononnya kitorang balik Malaysia.... haaa... dah ingat??? Oleh kerana kempunan tak dapat tengok diorang bersanding, maka pada hujung minggu baru ni.... kami tak lepaskan peluang untuk tengok majlis perkahwinan sensei kesayangan Amalia, Chiba sensei.... huhuhuhu.... so, boleh pakai ker peribahasa kat atas tu?? hahaha.... ampun cikgu BM.....

Sweet & lovely

Ok... berbalik pasal cerita Chiba sensei... kitorang bukan la attend wedding ceremony dia.... sekadar datang untuk ambil gambar jer... macam kawan-kawan Amalia yg lain jugak.... semua tak sabar-sabar tunggu sensei diorang keluar sebab nak tengok Chiba sensei in wedding gown.... Sensei siap sediakan info tentang majlis dia tu kepada sesiapa yg plan nak datang... ye laa... maklumat serba sikit macam, pukul berapa dia dijangka keluar church dan jugak map untuk pandu arah ke tempat majlis...

Jambangan daripada PTA

Sehari sebelum tu, pada hari Jumaat, seperti yg dirancang sejak sebulan lalu, ahli PTA (ibu-ibu ler... termasuk la den jugak... hehehe) kelas Amalia berkumpul kat sekolah untuk serahkan flower bouquet kepada Chiba sensei... yg anak-anak pulak serahkan kad ucapan tahniah yg diorang tulis sendiri.... menangis terharu Chiba sensei dibuatnya...

Sekitar sessi penyampaian jambangan bunga & kad ucapan


Amalia menyerahkan kad ucapan tahniah kepada Chiba sensei

Hari Sabtu pulak temankan Amalia tengok sensei dia... sambil-sambil tu sempat la jugak photo shoot serba sikit gambar Chiba sensei n Hubby...

The blessing...

Ramai jugak kawan-kawan Amalia yg datang... kebanyakannya datang dengan mak masing-masing... tak lama menunggu, wedding bell pun berbunyi menandakan "bride & groom" akan keluar... excited sungguh budak-budak ni nak tengok sensei diorang... "Handsome husband sensei..." kata Amalia... hehehe....


Omedetou gozaimasu, Sensei...


Dari sebiji belon besar....

Menjadi puluhan belon "hati" comel...





Sekadar pengalaman dan lipatan kenangan di bumi sakura....

1 comment:

Kamalia said...

wah..trsgt best dpt pi wedding ceremony sensei ye..kami kat sini lom penah pi lagi..xde sape yg nak kwin kot..dan xde sape yg nak ajak..ekeke

Post a Comment