Sunday, 12 December 2010

Bubur Nasi +++


Hari ni masak bubur nasi untuk anak dara ku Amalia yang demam... semalam dia mengadu sakit nak telan makanan... tu dah bagi makan udon yg lembut & licin abis dah tu... kesian menengoknya bila dia tak lalu makan...


So menu hari ni bubur nasi la jawabnya... dia kata nak makan bubur ngan ayam goreng... hmm... ikutkan je lah... mudah-mudahan dia makan... tapi Emi buatkan jugak sup ayam... untuk pelincir kata en. Hubby.... huhuhu....

Ni untuk Amalia, suka betul makan bubur ngan telur masin

Crispy chicken wings


Tapi yang sedihnya... Amalia cuma makan beberapa suap jer... masih terasa tak sedap badan... siannya anak ibu.... ibu ngan ayah dia pulak yang makan lebih2... huhuuhu....


Pelincir... sup ayam

Sayur bayam jepun + cendawan butang goreng pedas



Notes: Kalu dah dengan sayur goreng pedas, ayam goreng & telur masin segala... memang la makan tak hengat punya... huhuhuh....

Friday, 10 December 2010

Kuih Cara Berlauk



Ini menu tertangguh... Emi buat masa jamuan Hari Raya Haji ramai-ramai kat sini di rumah "Penghulu" Chiba.... hehehe... raya tahun ni Emi panggil "Aidiladha Musim Luruh"... ye laa... kan time sambut raya haji tu tengah aki @ musim luruh...


ok... untuk resepi asal boleh la refer kat sini... to tell the truth... everytime buat kuih cara ni emi tak pernah sukat bahan2nya... semua main bubuh jer.... bancuh ikut sedap tangan mengacau... huhuhu.... tapi bagi sesiapa yang nak try dan perlukan resepi... kat sini emi tolong copy n paste dari MyResepi@Syahmi untuk rujukan... tapi mintak ampun tuan punya resepi sebab ada yang emi memandai ubah... huhuhu....

Bahan-bahan ( 50 biji )

BAHAN UNTUK INTI DAGING :
  • 2 cawan daging kisar [emi selalu guna ayam jer... sbb en. Hubby tak leh mkn daging... huhuhu]
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )[selalunya emi guna 1 sudu rempah kari + 1 sudu rempah kurma]
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • Garam secukup rasa
* Dipotong dadu


BAHAN UNTUK BATTER:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan [emi guna fresh milk + air]
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

INTI:
  1. Tumis rempah hingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  4. Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
cara emi:

tumis bawang besar sampai naik bau - masukkan daging/ayam - masukkan rempah - kacau rata - masukkan sikit air, agak2 cukup utk daging empuk - perisakan dengan garam & gula - masak hingga daging kering - masukkan daun sup - kacau - siap.

BATTER
  1. Pukul telur + garam.
  2. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  3. Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu batter ini. Titikkan sedikit pewarna.
  4. Kalau guna blender pun, lagi senang.
cara emi:

dalam mangkuk besar, masukkan tepung - buat lubang ditengah2 - pukul telur dan garam sikit - masukkan di tengah2 tepuung - kacau perlahan2 - masukkan susu + air sikit2 sambil kacau perlahan2 hingga habis - blend adunan tepung untuk menghaluskan batter


Cara memasak :

  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging.
  4. Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
  5. Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
* adjust bancuhan adunan supaya jgn terlalu pekat atau cair.
**Untuk kuih cara manis, lepas siap bancuh & tapis adunan, titikkan pewarna hijau dan perisa pandan. Tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

huhuhu... yang selambak ni kuih cara yang dibawa masa jamuan tu.... ada dua plate besar camni...

Jugyousankan @ Parents' day

Hari Sabtu 4 December lepas, ada Jugyousankan kat sekolah Amalia.... jugyousankan ni adalah parents' day @ parents' visit.... masa tu lah parents akan datang ke sekolah dan berpeluang tengok macamana anak kita belajar dalam kelas.... time tu parents akan berada keliling kelas sambil tengok sensei mengajar dan anak kita belajar... sesi pembelajaran berjalan seperti biasa, as if parents semua tu takde pun dalam kelas... usually there will be no interaction between parents and their children or the sensei during the lesson.... lepas selesai kelas, baru la ada sesi ngan parents pulak...

kat sini setiap penggal persekolahan akan ada sekurang-kurangnya dua kali jugyousankan ni... yang Emi perasan... satu kali jugyousankan dibuat masa weekday... time ni biasanya cuma okaasan (ibu-ibu) sahaja yang hadir ke sekolah... almaklum la... kalu weekdays, semua otoosan (ayah-ayah) kat Jepun ni sibuk bekerja.... and most of the mothers are full-time housewives....

akan ada juga satu kali jugyousankanyang dibuat pada hari Sabtu... contohnya yang macam ni... so, ayah-ayah pun berpeluang la tengok anak-anak diorang beraksi dalam kelas... heheheh...



Lagu kelas : Yasashi San Kumi

Untuk sesi baru-baru ni... subjek yang diajar masa jugyousankan tu adalah Ongaku... muzik la... hehehhe.... memang enjoy tengok budak-budak ni .... bersungguh-sungguh menyanyi... alat music utama yang diajar kat sekolah adalah pianica.... awal-awal masuk sekolah dulu dah kena beli dah pianica ni....




Hakikatnya, bila menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan Jepun, kadang-kadang buat Emi terfikir.... alangkah berbezanya suasana pembelajaran di sini.... tapi, perlu diingat... lain padang, lain belalang.... nevertheless... with due respect, tak salah kalau kita mengaplikasikan mana-mana yang difikir sesuai..... maybe we need to do some modification, of course, untuk sesuaikan dengan keadaan di Malaysia... hmm....????



Notes: sebenarnya diorang tak galakkan untuk ambil gambar atau video... takut konsentrasi anak-anak terganggu... hehehe... ni pun amik guna iphone jer...supaya tak la obvious sgt..... huhuhhu....

CAKK!!!!


Subhanallah.... Lama betul tak menulis.... tiada langsung entry untuk bulan November... maaf kalau ada yang kecewa bila tengok tiada update terbaru di laman ini (cewah... macam la ada orang yg kisah kan... perasan sungguh!!!).... huhuhuh.... kerana apa tak menulis, yang itu biarlah menjadi sebab peribadi semata-mata....

Insyaallah, Emi akan kembali menulis...

sebenarnya, walaupun tak update blog, aktiviti memasak n photo shooting tetap berjalan seperti biasa... dah berfolder2 gambar yg mintak di upload... huhhu.... jenuh la nak menghapdet lepas ni... hambik ko... sape suruh "cuti" menulis.....

ok... see you guys in the next entry ok...

momiji... musim yang dah nak sampai ke penghujung...