Friday 10 December 2010

Kuih Cara Berlauk



Ini menu tertangguh... Emi buat masa jamuan Hari Raya Haji ramai-ramai kat sini di rumah "Penghulu" Chiba.... hehehe... raya tahun ni Emi panggil "Aidiladha Musim Luruh"... ye laa... kan time sambut raya haji tu tengah aki @ musim luruh...


ok... untuk resepi asal boleh la refer kat sini... to tell the truth... everytime buat kuih cara ni emi tak pernah sukat bahan2nya... semua main bubuh jer.... bancuh ikut sedap tangan mengacau... huhuhu.... tapi bagi sesiapa yang nak try dan perlukan resepi... kat sini emi tolong copy n paste dari MyResepi@Syahmi untuk rujukan... tapi mintak ampun tuan punya resepi sebab ada yang emi memandai ubah... huhuhu....

Bahan-bahan ( 50 biji )

BAHAN UNTUK INTI DAGING :
  • 2 cawan daging kisar [emi selalu guna ayam jer... sbb en. Hubby tak leh mkn daging... huhuhu]
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )[selalunya emi guna 1 sudu rempah kari + 1 sudu rempah kurma]
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • Garam secukup rasa
* Dipotong dadu


BAHAN UNTUK BATTER:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan [emi guna fresh milk + air]
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

INTI:
  1. Tumis rempah hingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  4. Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
cara emi:

tumis bawang besar sampai naik bau - masukkan daging/ayam - masukkan rempah - kacau rata - masukkan sikit air, agak2 cukup utk daging empuk - perisakan dengan garam & gula - masak hingga daging kering - masukkan daun sup - kacau - siap.

BATTER
  1. Pukul telur + garam.
  2. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  3. Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu batter ini. Titikkan sedikit pewarna.
  4. Kalau guna blender pun, lagi senang.
cara emi:

dalam mangkuk besar, masukkan tepung - buat lubang ditengah2 - pukul telur dan garam sikit - masukkan di tengah2 tepuung - kacau perlahan2 - masukkan susu + air sikit2 sambil kacau perlahan2 hingga habis - blend adunan tepung untuk menghaluskan batter


Cara memasak :

  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging.
  4. Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
  5. Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
* adjust bancuhan adunan supaya jgn terlalu pekat atau cair.
**Untuk kuih cara manis, lepas siap bancuh & tapis adunan, titikkan pewarna hijau dan perisa pandan. Tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

huhuhu... yang selambak ni kuih cara yang dibawa masa jamuan tu.... ada dua plate besar camni...

1 comment:

mamawana said...

like like kueh cara berlauk very much. sodappp...

Post a Comment