Tuesday, 24 August 2010

Murtabak Maggi


Hari ni layan murtabak maggi yer.... ni semalam punya last minute plan... tak tau nak buat cemel-cemelan apa utk buka puasa... dok tenung depan rak makanan, terpandang maggie... ayam yg dah defrost pun ada... so apa lagi.... murtabak maggie satuuuu!!!!!!!!

Dari zaman anak dara lagi dah dok buat murtabak maggie ni... teringat pulak kat anak2 buah Emi... bila dh berkumpul ramai2 tu, emi mmg suka masak utk diorang... diorang la yang paling suka makan... ada sorang anak buah ni, kitorang panggil dia "Angah"... dia ni bab2 makan ni memilih... selalu bila berkumpul, kakak-kakak Emi dan anak2 buah yang lain akan request Emi buatkan lasagna... tapi si Angah ni alergik sungguh ngan lasagna... tak sampai hati punya pasal, Acu dia ni pun akan buatkan la murtabak maggi ni utk dia.... kalu dah buat tu, yg lain pun akan menumpang la jugak... niat nak buat khas utk si Angah yang tak makan lasagna... tapi tetap kena buat berkeping2 supaya semua mulut dapat merasa... huhuuhu... layanzz......

Ok... ni resepi yang selalu emi guna bila buat murtabak maggi... lebih kurang macam murtabak biasa jer...



Bahan-bahan

1 bungkus mi segera (perasa apa pun takpe) - masak mi sahaja (tanpa perasa ye...) dan toskan airnya
sedikit isi ayam - cincang
1/2 biji bawang besar - potong dadu
sedikit kobis - optional (selalu emi tak letak pun)
daun bawang - optional
1/2 biji cili merah - potong dadu (optional) - yang ni pun emi jarang letak
1 sudu kecil serbuk kari (kalau suka)
2 biji telur
garam secukup rasa

Cara-cara
  • Pukul 2 biji telur dalam mangkuk... pukul sikit jer macam nak buat telur dadar tu.
  • Masukkan semua bahan-bahan yang lain (kecuali mi) ke dalam telur dan kacau rata.
  • Boleh juga masukkan perisa mi segera tu. Kalau tak nak, tambah sedikit serbuk kari dan garam sebagai perasa.
  • Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak.
  • Ambil separuh dari mi yang dah dicelur tadi dan masukkan separuh daripada campuran telur ke dalam mangkuk kecil dan kacau rata.
  • Bila kuali cukup panas, tuangkan ke atas kuali dan ratakan. Bentukkan la macam murtabak.
  • Masak macam buat murtabak biasa. Jangan lupa terbalikkan untuk pastikan murtabak tu masak dengan sempurna.
  • Dah masak, angkat dan ulang proses masak dengan baki mi dan adunan telur selebihnya.
  • Bila siap, potong dan hidangkan.

Monday, 23 August 2010

Nasi Ke? Rabu?



Gara-gara terjumpa cili hijau besar masa gi supa hari tu.... boleh buat solok lada punya pasal, terus buat nasi kerabu.... huuhuhu... layan gambar jer lah ye kali ni... nak resepi mintak kat Hana ye... tak pun gi jenguk kat Yani MYR... Emi mix n match dua2 sumber ni... huhuhu....




Sekarang tgh bz sesangat.... bz kemas n packing barang... nak kena pindah rumah... so maybe there will be no entry about food... huhuhuu.... nanti bila dah "bertenang" semuanya.... Emi akan kembali bersiaran... hahahaha....



Ayam bakar , daging bakar & solok lada

Roti John... siapa John???


Mana laaa asal usulnya nama "roti John" ni kan.... tak pasal2 si John yang glamour... huhuhu...

Sebenarnya projek roti john ni buat untuk dibawa ke rumah kawan... ada majlis berbuka + hari jadi hari Sabtu lepas... Emi mula projek meroti sebelah malam sebelumnya.... tengahari Sabtu tu baru sambung proses roti john... huhuhu...

Resepi cilok dari Ros si Jintanmanis... Emi copy n paste kat sini untuk rujukan bersama ye Ros... by the way... kalau resepi roti2 ni... memang Emi selalu guna resepi2 Ros... cewah... promote sket Ros yg sememangnya dah glamour tu.... huhuhuhu.....

Roti Doh Asas (Roti Burger)

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.

2) Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.


Note: Adunan roti ni Emi bentukkan panjang2 macam roti hotdog... dapat 8 biji roti hotdog saiz sedang2...



Yang ni pulak resepi untuk roti john... err.... sebenarnya buat versi curang... hehehe.... sebab banyak benda yang takde dalam fridge rupanya.... lagi satu, Emi tak buat sos black pepper macam Ros laa... guna mayonis n sos cili jer... huhuhu.... ni resepinya... tuan punya resepi asal Emi... opss... bukan "Emi" Emi... huhuu... nama jer lebih kurang sama... yang ni "Emi" Sakuraiman... tapi resepi ni Emi copy paste dari rumah Ros...


Roti John

Bahan-bahanya

3 roti hotdog
2 biji telur
sedikit daging cincang ( daging cincang ni masak tanpa minyak dan tabur sedikit dengan lada sulah, dan nugget ayam taufu yang dicincang halus ( nugget ayam ni goreng dulu)
1/4 biji bawang besar (dipotong dadu)
sedikit kobis dihiris halus
1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 cawam mix vegetable
garam
lada sulah
sedikit minyak masak

( Untuk sos, ros guna sos lada hitam, sos cili dan mayonis )

Cara-cara

1.Mula-mula pukul telur dengan garpu, kemudian masukkan daging cincang, hirisan nugget ayam, bawang besar, kobis, serbuk kari, garam, lada sulah dan mix vegetable. kacau sebati.

2. roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus) dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter, ketepikan.

3.Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing.

4. Setelah masak alihkan roti tadi dan tekan sedikit, angkat dan letakkan atas pinggan.

5.Topppingkan inti roti john dengan sapuan sos sos lada hitam, mayonis dan sos cili. Potong roti john pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Note: version Emi adalah seperti di bawah...

isi ayam (cincang halus) goreng ngan minyak sket sampai ayam masak... pastu bahan lain Emi cuma letak bawang besar, kucai dan telur....plus garam dan serbuk lada hitam.... haaa.... lagi satu kan... Emi guna rempah sup... the only rempah yang dah bukak dan ada dalam fridge.... kes malas nak buka pack rempah baru sebab lagi few days dah nak pindah, so nak kosongkan stok dlm fridge.... huhuhu....

Siap untuk dibawa ke rumah kawan... dah macam bentou daaa.....

Saturday, 21 August 2010

Cekodok pisang


Semalam lalu kat tepi kedai "makcik" dekat dgn rumah Emi... ala2 kedai runcit gitu... tgk2 dia jual pisang yg dh masak sgt (besar) 6 biji 100yen... tu kira murah la tu (kt Chiba ni la) sebab kalau pisang yg elok pun harga lebih kurang 100yen tu cuma dlm 4 biji saiz sedang punya.. tu pun jarang2 dpt jumpa... lg mahal ada laa... huhuhu...

Dalam kepala mmg dah plan... kalau beli pisang ni, balik karang buat cekodok pisang... tanya kat Amalia nak makan cekodok pisang tak... laju jer dia jawab "NAK!!"... antara makanan favourite dia....

Buat cekodok pisang ni ada macam2 version... ada orang campur kelapa parut dlm cekodok pisang ni... tp Amalia n En. Hubby suka cekodok pisang yg sempoi macam ni jer... so ni menu kudapan berbuka semalam...


Bahan-bahan

6 biji pisang masak (saiz besar) - lenyek
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula (optional esp kalau pisang jenis tak manis)


Cara-cara

Satukan semua bahan dalam mangkuk. Kacau rata. Biar 10 min. Goreng dlm minyak panas. Sedia untuk hidang. Sonang jer... huhuhu....