Tuesday 24 August 2010

Murtabak Maggi


Hari ni layan murtabak maggi yer.... ni semalam punya last minute plan... tak tau nak buat cemel-cemelan apa utk buka puasa... dok tenung depan rak makanan, terpandang maggie... ayam yg dah defrost pun ada... so apa lagi.... murtabak maggie satuuuu!!!!!!!!

Dari zaman anak dara lagi dah dok buat murtabak maggie ni... teringat pulak kat anak2 buah Emi... bila dh berkumpul ramai2 tu, emi mmg suka masak utk diorang... diorang la yang paling suka makan... ada sorang anak buah ni, kitorang panggil dia "Angah"... dia ni bab2 makan ni memilih... selalu bila berkumpul, kakak-kakak Emi dan anak2 buah yang lain akan request Emi buatkan lasagna... tapi si Angah ni alergik sungguh ngan lasagna... tak sampai hati punya pasal, Acu dia ni pun akan buatkan la murtabak maggi ni utk dia.... kalu dah buat tu, yg lain pun akan menumpang la jugak... niat nak buat khas utk si Angah yang tak makan lasagna... tapi tetap kena buat berkeping2 supaya semua mulut dapat merasa... huhuuhu... layanzz......

Ok... ni resepi yang selalu emi guna bila buat murtabak maggi... lebih kurang macam murtabak biasa jer...



Bahan-bahan

1 bungkus mi segera (perasa apa pun takpe) - masak mi sahaja (tanpa perasa ye...) dan toskan airnya
sedikit isi ayam - cincang
1/2 biji bawang besar - potong dadu
sedikit kobis - optional (selalu emi tak letak pun)
daun bawang - optional
1/2 biji cili merah - potong dadu (optional) - yang ni pun emi jarang letak
1 sudu kecil serbuk kari (kalau suka)
2 biji telur
garam secukup rasa

Cara-cara
  • Pukul 2 biji telur dalam mangkuk... pukul sikit jer macam nak buat telur dadar tu.
  • Masukkan semua bahan-bahan yang lain (kecuali mi) ke dalam telur dan kacau rata.
  • Boleh juga masukkan perisa mi segera tu. Kalau tak nak, tambah sedikit serbuk kari dan garam sebagai perasa.
  • Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak.
  • Ambil separuh dari mi yang dah dicelur tadi dan masukkan separuh daripada campuran telur ke dalam mangkuk kecil dan kacau rata.
  • Bila kuali cukup panas, tuangkan ke atas kuali dan ratakan. Bentukkan la macam murtabak.
  • Masak macam buat murtabak biasa. Jangan lupa terbalikkan untuk pastikan murtabak tu masak dengan sempurna.
  • Dah masak, angkat dan ulang proses masak dengan baki mi dan adunan telur selebihnya.
  • Bila siap, potong dan hidangkan.

Monday 23 August 2010

Nasi Ke? Rabu?



Gara-gara terjumpa cili hijau besar masa gi supa hari tu.... boleh buat solok lada punya pasal, terus buat nasi kerabu.... huuhuhu... layan gambar jer lah ye kali ni... nak resepi mintak kat Hana ye... tak pun gi jenguk kat Yani MYR... Emi mix n match dua2 sumber ni... huhuhu....




Sekarang tgh bz sesangat.... bz kemas n packing barang... nak kena pindah rumah... so maybe there will be no entry about food... huhuhuu.... nanti bila dah "bertenang" semuanya.... Emi akan kembali bersiaran... hahahaha....



Ayam bakar , daging bakar & solok lada

Roti John... siapa John???


Mana laaa asal usulnya nama "roti John" ni kan.... tak pasal2 si John yang glamour... huhuhu...

Sebenarnya projek roti john ni buat untuk dibawa ke rumah kawan... ada majlis berbuka + hari jadi hari Sabtu lepas... Emi mula projek meroti sebelah malam sebelumnya.... tengahari Sabtu tu baru sambung proses roti john... huhuhu...

Resepi cilok dari Ros si Jintanmanis... Emi copy n paste kat sini untuk rujukan bersama ye Ros... by the way... kalau resepi roti2 ni... memang Emi selalu guna resepi2 Ros... cewah... promote sket Ros yg sememangnya dah glamour tu.... huhuhuhu.....

Roti Doh Asas (Roti Burger)

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.

2) Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.


Note: Adunan roti ni Emi bentukkan panjang2 macam roti hotdog... dapat 8 biji roti hotdog saiz sedang2...



Yang ni pulak resepi untuk roti john... err.... sebenarnya buat versi curang... hehehe.... sebab banyak benda yang takde dalam fridge rupanya.... lagi satu, Emi tak buat sos black pepper macam Ros laa... guna mayonis n sos cili jer... huhuhu.... ni resepinya... tuan punya resepi asal Emi... opss... bukan "Emi" Emi... huhuu... nama jer lebih kurang sama... yang ni "Emi" Sakuraiman... tapi resepi ni Emi copy paste dari rumah Ros...


Roti John

Bahan-bahanya

3 roti hotdog
2 biji telur
sedikit daging cincang ( daging cincang ni masak tanpa minyak dan tabur sedikit dengan lada sulah, dan nugget ayam taufu yang dicincang halus ( nugget ayam ni goreng dulu)
1/4 biji bawang besar (dipotong dadu)
sedikit kobis dihiris halus
1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 cawam mix vegetable
garam
lada sulah
sedikit minyak masak

( Untuk sos, ros guna sos lada hitam, sos cili dan mayonis )

Cara-cara

1.Mula-mula pukul telur dengan garpu, kemudian masukkan daging cincang, hirisan nugget ayam, bawang besar, kobis, serbuk kari, garam, lada sulah dan mix vegetable. kacau sebati.

2. roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus) dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter, ketepikan.

3.Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing.

4. Setelah masak alihkan roti tadi dan tekan sedikit, angkat dan letakkan atas pinggan.

5.Topppingkan inti roti john dengan sapuan sos sos lada hitam, mayonis dan sos cili. Potong roti john pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Note: version Emi adalah seperti di bawah...

isi ayam (cincang halus) goreng ngan minyak sket sampai ayam masak... pastu bahan lain Emi cuma letak bawang besar, kucai dan telur....plus garam dan serbuk lada hitam.... haaa.... lagi satu kan... Emi guna rempah sup... the only rempah yang dah bukak dan ada dalam fridge.... kes malas nak buka pack rempah baru sebab lagi few days dah nak pindah, so nak kosongkan stok dlm fridge.... huhuhu....

Siap untuk dibawa ke rumah kawan... dah macam bentou daaa.....

Saturday 21 August 2010

Cekodok pisang


Semalam lalu kat tepi kedai "makcik" dekat dgn rumah Emi... ala2 kedai runcit gitu... tgk2 dia jual pisang yg dh masak sgt (besar) 6 biji 100yen... tu kira murah la tu (kt Chiba ni la) sebab kalau pisang yg elok pun harga lebih kurang 100yen tu cuma dlm 4 biji saiz sedang punya.. tu pun jarang2 dpt jumpa... lg mahal ada laa... huhuhu...

Dalam kepala mmg dah plan... kalau beli pisang ni, balik karang buat cekodok pisang... tanya kat Amalia nak makan cekodok pisang tak... laju jer dia jawab "NAK!!"... antara makanan favourite dia....

Buat cekodok pisang ni ada macam2 version... ada orang campur kelapa parut dlm cekodok pisang ni... tp Amalia n En. Hubby suka cekodok pisang yg sempoi macam ni jer... so ni menu kudapan berbuka semalam...


Bahan-bahan

6 biji pisang masak (saiz besar) - lenyek
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula (optional esp kalau pisang jenis tak manis)


Cara-cara

Satukan semua bahan dalam mangkuk. Kacau rata. Biar 10 min. Goreng dlm minyak panas. Sedia untuk hidang. Sonang jer... huhuhu....

Friday 20 August 2010

Asam pedas kepala ikan



Subhanallah... pejam celik... pejam celik... dah 10 hari kita berpuasa... 1/3 bulan Ramadhan dah berlalu... nak dihitung amalan, rasanya tak seberapa baru... jom kita sama-sama kejar barakah bulan Ramadhan ni...

Ok... update menu hari ni... mula2 tu ingat nak masak kari kepala ikan... tapi hari tu dah buat dah... so kepala yang sebelah lagi ni Emi buat masak asam pedas... version tanpa daun kesum la kan.... Emi guna serai n daun kantan.... teringat pulak entry K. Liza yang tulis info pasal bunga kantan...



Asam pedas ni Emi ikut style yang selalu Emi buat la kan... dah belajar dari mak macam ni, so yang ni la yang Emi dok buat... huhuhu.... Emi rasa mana2 resepi asam pedas pun sikit lebih kurang sama jer... mungkin ada la 2-3 bahan yg berbeza... macam ada orang letak belacan... ada yg masukkan ketumbar n jintan (esp kalu buat asam pedas daging)... but basically, main ingredients are the same... rasa yang wajib ada PEDAS dan MASAM... dah nama pun asam pedas kan...

Bahan-bahan

20-30 tangkai cili kering (ikut tahap kepedasan masing2) - rebus bagi lembut
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
* kisar semua bahan di atas

1 keping kepala ikan - Emi guna sebelah jer.. besar beb kepala ikan nih... nak mkn ber3 jer..
1 batang serai - ketuk @ titik
1 kuntum bunga kantan (kalu kat M'sia Emi guna daun kesum )
6 batang bendi
asam jawa - bancuh dengan secawan air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Panas minyak dalam periuk.
  • Tumis serai hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan tumis hingga cili garing.
  • Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.
  • Tambah 2 cwn air lagi.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Biar kuah didih seketika.
  • Masukkan kepala ikan.
  • Bila ikan hampir masak, masukkan bendi dan tunggu kuah didih sekali lagi.
  • Sedia untuk dihidang.
Asam pedas kepala ikan

Yang ni pulak menu sampingan untuk malam ni... telur bungkus... huhuhu....

Thursday 19 August 2010

Japan style Iftar...

Hah??!! nak kena prepare sushi kat rumah ker??? erkk!!! macam leceh la pulak... hari tu dah projek sushi sekali kat rumah... nanti2 la baru nak ulang lagi projek tu....

Ni gambar masa projek sushi kat rumah hari tu ... bukan hari ni punya ye...

Sebenarnya... hari ni En. Hubby ajak makan @ berbuka ngan sushi... yahoooo!!!!!!!!! tak yah masak... huhuhu... tapi still kena masak untuk sahur nanti... tak pe... yang tu belakang kira... sebelum nak tido karang boleh masak... hehehe...



Plannya ni karang... lepas berbuka ala kadar kat rumah n solat maghrib... maka berangkatlah 3 beranak kami ke Sushiro... hhuhuhu.....


Mungkinkah akan begini nanti??? Bismillah...


Jom sushii!!!!!!!

Sambal ayah a.k.a bapak mertuaku


Haa.... ni lauk berbuka semalam.... hari ni nak share menu yang simple tp menyengat ni... kata En. Hubby laa... Emi belajar buat ni lepas tutorial ngan En. Hubby masa baru-baru kahwin dulu... kena la belajar buat sebab dia dok cerita pasal "sambal ayah", "sambal ayah" jer... maksudnya dia suka la kan....

Kenapa sambal ayah?? En. Hubby kata sebab selalunya ayah dia yang masak lauk ni untuk bwk g keje pagi2... mmg betul pun... bila gi rumah my in-laws, mlm2 sebelum tido ayah akan dok menumbuk rencah sambil kira bilangan cili yg dah masuk dlm lesung... pastu karang dengar la bunyi dia menumis... huhuhu.... esok pagi2 lauk tu la yang orang lain dalam rumah akan buat lauk sarapan ngan nasi putih.... dah namanya jawa... mkn nasi pepagi buta tu tak peliknya....

Sekarang lek Bukari dah dok kat rumah jer... dah tak gi keje lagi... wes tuek dia kata... hahaha.... tapi orangnya masih sihat... alhamdulillah... tapi legasi "sambal ayah" masih diteruskan... walaupun bukan untuk dibawa ke tempat kerja... huhuhu....


Jom tengok resepi yang sangat simple ni....

Bahan-bahan

*10 - 15 biji cili padi - emi suka campur hijau & merah (ikut tahap pedas masing2 la ye)
*ikan bilis - agak2 sejemput gitu
*1 biji bawang besar - 1/2 biji tumbuk, 1/2 biji hiris untuk menumis
*2 ulas bawang putih
sedikit soohon - rendam supaya lembut
1 biji telur
air
minyak untuk menumis
garam dan gula untuk perasa

Cara-cara
  • tumbuk lumat bahan-bahan bertanda * - Emi blend jer... tak de lesung batu kat sini...
  • panaskan minyak dalam periuk
  • tumis bawang hiris hingga layu
  • masukkan bahan yang telah ditumbuk dan goreng sampai naik bau
  • masukkan air untuk kuah - anggaran dlm 2 cawan
  • biar didih kemudian perisakan dengan garam dan gula
  • pecahkan telur ke dalam periuk... biar sekejap sampai agak-agak telur dah nak mengeras, kemudian baru kacau supaya telur tak hancur sangat...
  • akhir sekali masukkan soohon dan biar didih sekejap kemudian tutup api.
  • siap untuk dihidang.


Note: En. Hubby kalau dah ada sambal ni, tak payah masak lauk lain pun takpe... memang dia akan berselera betul makan...

Thirst quench


Sirap lychee satuuu!!!!!

Ni semua gara terpandangkan air rambutan kat rumah Asmara la nih.... seb baik stok lychee tin ada lagi.... huhuhu.... selalunya bulan puasa ni memang jarang minum air sejuk... buat air panas jer... sekali sekala pekena air sejuk la pulak....

Untuk tontonan semata-mata...

Hahaha.... gelak evil.... jahat sungguh mendengki orang di bulan puasa ni kan.... takpe... kalau korang teringin, sila la buat... bukan susah pun... beli jer lychee tin tu... bancuh sirap... pastu campur jer lychee dalam sirap tu... boh la air batu sket nak bagi lagi umphh!!!

Wednesday 18 August 2010

Tuna Roll




Semalam tak buat kuih apa pun untuk berbuka... hari ni angin nak me"roll"... sebelum ni dah dua kali buat tuna roll ni... teringat masa kecik2 dulu... buat berdua ngan kakak... tp buat sardine roll la kan... dulu2 buat main ikut sedap campak jer... janji boleh makan... huhuhu..

Yang ni Emi ikut resepi kat rumah Hana... hasil skodeng dapur rumah Noorsha... so link susur galurnya akan jumpa kalau korang gi rumah Hana... sebab Emi pun guna tuna, so Emi copy n paste resepi dari dapur Hana yer... err... with some editing... according to my version la pulak... huhuhu.....

Bahan-bahan
  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
  • hana tambah gula - 2 sudu kecil
Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin- hana gune tuna - ikut hana
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (bleh tambah kalau nak pedas)- hana gune cili kisar - emi guna cili api
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris - emi tak bubuh
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi - emi tak bubuh pun
  • emi tambah 2 sudu sos tomato & 1 sudu sos cili - guna tuna in oil, so takde sos mcm dlm sardine tu kan..
Cara-cara

Untuk Pastri

  1. Ayak tepung gandum bersama garam ke dalam mangkuk.
  2. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  3. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
  5. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
Untuk Inti
  1. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  2. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  3. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
  4. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
  6. Tumis hingga betul² garing.
note: sebab guna tuna, so takde la sos sardine kan.. jadi emi tambah sos cili n tomato... tak letak limau kasturi jugak... tp kalau guna sardin biasanya akan letak untuk hilangkan bau dia...

Cara menyediakan Sardine Roll

  1. Canai nipis pastri & potong kepada saiz segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  2. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
  3. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  4. Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

Opss... cerita tuna roll ni belum abis lagi... tetiba angin malas + penat melanda time dah nak abis meng"roll".... apa lagi... dengan tepung yang tinggal sebesar bola tennis tu dan inti tuna yg dah nak abis... ligat kepala cari idea nak mengelat....

Giant tunapuff

Tadaaa..... tuna roll sudah bertukar kepada giant tuna puff.... huhuhu.... dalam pada malas tu rajin lagi nak mencanai pastri tu 3 - 4 kali lagi... konon2 nak buat mcm pastripuff tu laa... canai... sapu butter...lipat... canai lagi.... sapu butter... lipat... canai lagi... huhuhhu... 3 4 kali jugak la dok ulang lipat n canai... hasilnya??? tak la jadi flaky mcm pastripuff tu... tp ada la jugak lapis2 nipis tu sikit2... wakakaka... pastry nya mmg jd lagi lembut... huhuhuhu....

Note: inti tuna tu Emi siap tambah mozzarella cheese lagi... :D

Kuetiow Hong Kong


Menu berbuka semalam... kuetiow Hong Kong... ada ke kuetiow ni kat Hong Kong??? hantam sajalah labuuu....

Pekena pulak dengan cili jeruk nih... perghh....

Ni resepi ikut suka hati + ikut stok apa yang ada... huhuhuhu...

Bahan-bahan (kuah) - anggaran untuk 2 orang

3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
sedikit hirisan halia
sedikit isi ayam
udang - buang kulit
sotong
2 biji cili padi (kalau nak pedas, lebihkan)
1 sudu besar sos tiram
carrot - potong nipis (ikut la nak potong stle mana pun..)
sedikit kobis
cendawan
2-3 pokok sawi
cili merah - hiris (emi guna capsicum jer)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 1/2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan


Cara-caranya:
  • Masukkan 2 sudu besar minya dan tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.
  • Masukkan ayam. Kacau dan biar sampai air ayam keluar.
  • Masukkan carrot. Kemudia masukkan air secukupnya untuk kuah... tunggu hingga mendidih.
  • Tambahkan sos tiram, garam, udang dan sotong.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga kuah agak likat.
  • Akhir sekali masukkan sayur-sayur (sawi, kobis, cili potong, cili padi dll sayur kalau suka)
  • Tuang kuah atas kue tiow.. siap...

Untuk kue tiow

Sediakan 2 mangkuk kecil kue tiow
2 biji telur

Caranya: Pukul telur dan secubit garam dalam mangkuk. Campurkan kue tiow ke dalam telur. (1 biji telur untuk 1 mangkuk kue tiow). Lepas tu goreng kue tiow+telur tu macam goreng telur dadar. Angkat dan sediakan dalam mangkuk. Bila kuah dah ready, curahkan kuah atas kue tiow. Tabur la bawang goreng dan daun bawang kalau suka. Siap untuk di makan.


Tuesday 17 August 2010

Salam Perantauan




Salam Perantauan Utusan Online

    Nama Pengirim : Saifullizan Mohd Bukari
    Lokasi Pengirim : Chiba, Jepun
    Nama Penerima : Keluarga di Malaysia
    Lokasi Penerima : Di seluruh Malaysia

    Ucapan : Salam Aidilfitri dari kejauhan dalam kerinduan dan kesyahduan menanti ketibaan Syawal yang mulia. Maaf zahir batin dipinta dari semua keluarga dan sahabat handai.


    Kapsyen Gambar : kiri belakang: Amir, Aizat, Budin, Nazriq, Azizan, Yassir, Razali, Afif, Hasnor
    Kiri depan: Saiful,Iskandar, Emi, Amalia, Adie, Arisa, NikNor, Arina, Ruhizan, Wahee, Shahirah, Ruzita, Atiqah, Suraya, AbuZaharin, Shadrina, Qayyum, Rayyan, Ilmi, Fadhil, Syukri, Fidzah

***********************************

Semalam En. Hubby selaku "penyimpan mohor besar" gambar ni, excited dok announced kat dlm FB dia bgtau yang gambar warga Chiba dah keluar dalam Salam Perantau Utusan Online. Sebenarnya gambar ni kitorang ambil masa berkumpul untuk majlis buka puasa hari kedua hari tu. Tak semua warga Chiba ada dalam gambar ni... ada yang tak dapat hadir malam tu... tp ini saja yang termampu dibuat... nak tunggu semua dapat kumpul, entah bila la baru boleh nak ambil gambar....

Jenuh photographer2 tak bertauliah dok setting camera masing2 mlm tu... yelah kan.. nak amik gambar waktu malam... mengharap cahaya lampu jalan yang samar2 tu ajer... yang menariknya... lokasi amik gambar ni sangat dramatik... cuba korang teka, apa disebalik garisan putih melintang dalam gambar kat atas tu...


Kalau tgk dalam gambar yang ni, garis putih tu takde la pulak... hehehe.... yang sebenarnya... lokasi penggambaran ni... cewah... bunyi macam shooting filem la pulak... huhuhu.... lokasi rumah tempat kitorang berkumpul ni berhampiran eki (stesen keretapi)... belakang kitorang tu adalah landasannya.... jadi time kitorang sibuk nak ambil gambar.... memang banyak kali la jugak densha (keretapi) lalu... so yang garisan putih kat belakang tu adalah kelibat densha... pastu pulak everytime densha lalu, kat area situ akan ada spark keluar kat cable letrik densha tu... tu yang buat kitorang ngeri.... tapi sebab nak bergambar punya pasal.... spark pun spark laa... janji gambar geng Chiba mantop!!! huhuhu.....

Warna-warni di balik tabir...

antara "apek" photographer malam tu... tak abis2 setting.... huhuhu...

.................................

bila nak siap setting ni???


Jejaka idaman Malaya???

riuhnya macam dah raya jer...


Inilah kenangan ramadhan di perantauan tahun ni... yang pertama bagi Emi dan keluarga... raya nanti pun nampaknya di bumi sakura ini juga... huhuhu....



BLOG LIST BEN ASHAARI


Hmmm.... rasanya orang lain dah lama buat entry pasal blog list Ben ni... Emi jer yg baru nak buiat kot... huhuhu... better late than never la kan.... hahaha... ayat nak bagi sedap hati...

Sebenarnya sebelum ni dh selalu juga blog walking ke rumah En. Ben... sejak mula "kenal" CMG lagi la yg terpandangkan blog Ben ni... tp jadi silent reader ajer... so sekarang ni nak mencuba nasib masuk dlm list.... menumpang teduh kat rumah Ben yg tersohor... almaklum laa... Emi kan orang baru dlm blogger nih.... bole gitu En. Ben???

So... ikut syarat nak kena ada 3 perkara ni kan... hmmmm....

1 ) banner Ben Ashaari Blog - checked (kat atas dah letak)

2 ) Tajuk ( BLOG LIST BEN ASHAARI ) - checked.... dan linkkan ke entri ini... also checked (seperti dibawah)
Ok... bagi yang nak tau lebih lanjut.... sila baca dengan lebih lanjut di Kategori blog list Ben ye..

3 ) Kategori mana yang ingin anda berada ... hmmm.... blog ni campur-campur... tapi lebih pada masakan kot @ sudu garpu... so letak kategori masakan la ye... huhuhu.... ok checked...


Huhuhu... settle.... hopefully boleh membantu bloggers baru macam Emi ni... yang penting, seperti kata Ben dan ramai lagi... kena selalu buat entry dan mesti sentiasa fresh... Insyaallah...

Monday 16 August 2010

Simple Nite...

Menu buka puasa hari ni sangat simple... cuma ikan terubuk bakar, sayur goreng dan sotong masak "sup kuning" kata Amalia, a.k.a. sotong masak singgang... untuk kudapan berbuka hari ni, buat cekodok jer... huhuhu...


Cucur udang ni makan waktu berbuka... alas perut sebelum solat maghrib... jadi kebiasaan kami sekeluarga cuma mkn kurma atau kuih dulu waktu berbuka...lepas tu solat maghrib... kemudian baru makan nasi....

Cucur udang @ cekodok ni version simple punya.... betul2 basic cekodok laa... cuma guna tepung, bilis dan air jer... Emi tak letak telur pun.... biasanya Emi suka letak bawang hiris banyak2 dlm cekodok... bahan2 lain tu macam kucai @ daun bawang n etc..., tambah la ikut selera masing2... hari ni buat dua version... satu versi udang untuk Amalia... untuk En. Hubby pulak, versi cikua sebab En. Hubby tak boleh makan udang...




Haa... ni pulak ikan terubuk bakar... sebenarnya, ikan ni dah lama beli... tak termasak jer.... huhuhu... teruk betul laa.... kebetulan masa jalan2 cari lauk, En. Hubby la yang terpandangkan ikan terubuk ni... mmg favourite dia laa... terus beli... tapi isteri dia ni la yang tak masak2 ikan tu... akhirnya hari ni buat juga lah ikan bakar tu... kalau ikan terubuk ni biasanya En. Hubby suka bakar plain jer... pastu cicah cili potong ngan kicap...

Alkisah... masa makan tadi... En. Hubby tetiba tangkap syahdu la pulak.... dia kata "makan ikan ni, teringat kat Atuk..." Atuk tu maksudnya father-in-law dia laaa.... eh... FIL dia?? ayah den la tu... huhuhu.... maunya dia tak teringat... kalau kat rumah, ayah Emi la yang rajin beli ikan terubuk ni... pastu geng mkn terubuk ni menantu dia yang sorang tu laa... mmg diorang berdua jer yang mengadap ikan terubuk tu sampai habis... biar la time sahur sekali pun... orang lain malas nak layan tulang terubuk yang banyak tu.... tadi tu dia mkn ikan tu sorang2 jer... tu yang buat dia teringat... dah la bulan2 puasa ni... huhuhu... sabar ye yang...

Ikan terubuk Bakar

1 ekor ikan terubuk
1 sudu kecil garam
sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
Daun pisang

Cara-cara
  • Bersihkan ikan (jangan pulak buang sisik dia)
  • Lumur ikan dengan garam dan sedikit kunyit. .. sapukan juga pada bahagian dalamnya.
  • Balut ikan dengan sehelai daun kunyit
  • Kemudian bungkus ikan dengan daun pisang... kalau takde, guna aluminium foil pun boleh...
  • bakar ikan atas kuali sampai masak dengan api kecil (balik2kan ikan supaya kedua-dua belah masak sekata)
Pencicah

Cili padi
Bawang
Kicap
Perahan limau nipis/lemon

*Hiris cili padi dan bawang. Campur kesemua bahan dalam mangkuk kecuali perahan limau. Lenyekkan cili dengan sudu (nak guna tangan pun boleh jer..) akhir sekali masukkan perahan limau. Siap.


Sayur ni pun nak enter-frame jugak... huhuuhu... sayur campur macam ni mmg favourite kami berdua... semangkuk penuh tu sekali jalan jer abis... hehehehe.... sotong masak pindang jer yang terlupa nak ambik gambar... lain kali lah yer...

Kuih lapis pelangi





Hahaha.... tercapai juga hasrat nak buat kuih lapis untuk buka puasa semalam... ni gara-gara skodeng dapur Hana laa nih... yang sebenarnya, ni la first time Emi buat kuih lapis... selalu kalu buat kuih, suka buat kuih-kuih pedas... yang manis2 ni jarang buat... sekali sekala jer buat... kalu kuih lapis ni pulak, mmg tak penah buat sebelum ni... beli selalu laa... huhuhu....

Bila Amalia tau ibu dia buat kuih lapis ni... terus dia kata, "yea!!! my favourite... tenkiu ibu!!" aduhai anak... tak sesia ibu berpanas mengadap periuk kukus... huhuhu....

Resepi kuih lapis ni dah masuk banyak rumah dah... kalu tak silap, susur galurnya dari rumah kak hanieliza. Emi sendiri amik dari dapur Hana yang telah mengskodeng dapur kak ummi... apapun, resepi ni ni mmg confirm jadi... worth a try... kat sini Emi copy n paste resepi untuk rujukan bersama... maybe ada sket yang Emi edit untuk lebih senang paham... mintak ampun ye sensei-sensei semua.... huhuhu....


Hasil potongan yang tak cukup smooth... gara2 tak sempat tunggu sejuk untuk potong...

Bahan-bahan: (loyang bulat 7 inci)
  • 2 cawan santan pekat - Emi ikut hana lebihkan 1/4cwn
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah, hijau, kuning & ungu - ungu tadak!
Cara Menyediakan
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian. (Emi blend jer adunan bagi halus, tak tapis pun... emi bahagi kepada 3 bahagian jer, I don't have purple, remember??)
  2. Masukkan pewarna merah, hujau dan kuning ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna kuning (dan warna seterusnya, ikut la berapa banyak warna yang kita guna...huhuhu).
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali biarkan kukus selama 15 minit)

(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)

Note: Pesan mak Emi pulak, setiap kuih yang masak guna pengukus, alas @ ikat tutup periuk pengukus dengan kain untuk elak air menitik atas permukaan kuih.

Sayonara...


Hah?? Sayonara Nihon??? Balik Malaysia??? huhuhu.... title bikin gempak jer... takde maknanya dapat balik Malaysia time En. Hubby tgh bz ngan zemi dan happyou ni...



Sebenarnya pagi tadi kitorang pergi Narita Airport untuk hantar adik2 undergrad balik bercuti (natsu yasumi) plus bonus balik raya... memandangkan hari Ahad dan kitorang pun takde apa aktiviti, ditambah pulak dengan permintaan adik Qayyum nan seorang ni... maka pagi2 tadi kami berangkatlah menghantar Qayyum dan kawan2nya ke airport.... tak dapat balik jadi tukang hantar pun jadilah.... huhuhu... sedihnya...


Bag masing-masing penuh dengan omiyage untuk orang-orang di Malaysia... hasil shopping berhari-hari... huhuhu....



Abang Qayyum jangan lupa Amalia ye... balik Jepun nanti bawak jajan ok!!!

Sayonara... bubbai Amalia... tunggu Abg Qayyum balik hujung bulan September ni ye...

By the time entry ni upload, rasanya budak2 ni dah selamat sampai rumah masing-masing.... selamat bercuti ye semua.... salam dari kami untuk keluarga di Malaysia....