Tuesday 21 December 2010

Ambeng Puncak Kasih


Pergh... nama glamer tak hengat.... heheheh... saje jer bagi nama camtu... sebenarnya, bersempena dengan anniversary kami hari tu, ada la buat makan-makan sikit kat rumah... sekali dengan doa selamat... memandangkan 20 Dec jatuh pada hari Isnin, maka kitorang decide untuk buat pada hari Ahad 19 Dec tu jer... walaupun awal sehari, janji semua kawan-kawan dapat datang... bukan apa... kalu buat hari Isnin, masa agaken terhad, ye laa... kan hari sekolah... huhuhu...



So untuk majlis hari tu, tuan rumah berhajat nak menjamu dengan nasi ambeng... hidangan tradisi wong jowo.... en. Hubby la tu... hahaha...

Berbekalkan pengalaman rewang ambeng kat rumah Pt. Baring dan hasil usaha menuntut ilmu sambal goreng jawa sejak bergelar "mantu wak Jam"... maka terhasillah nasi ambeng puncak kasih ni... huhuhuh... en. Hubby la banyak tolong bahagian preparation especially bab meng"oncek" bawang n kentang... thank you dear...

Sambal goreng jawa ala-ala Wak Jam a.k.a. ibu mertuaku

Kalu nak cari talam besar kat Nihon ni agak muri la kan... so cukup la dengan talam kecil yang ada kat 100yen shop tu... huhuhu.... setalam makan bertiga... kira ok la tu.... still bleh makan rebut-rebut.... hehehe.... cuma konsep "jamah & bawa pulang" tu sah-sah la tak di aplikasikan sebab semua isi rumah dah datang masa majlis tu... huhuhu... so kasi makan sampai licin talam masuk perut juga..... ekekeke....


Sebelum dan selepas disusun lauk-pauk atas nasi dalam talam

Terima kasih jugak kepada kawan-kawan dan adik-adik yang sudi datang malam tu... harapnya dapat la korang melepaskan rindu pada nasi ambeng ye... dan pada yang pertama kali "jumpa" nasi ambeng, harapnya pengalaman dan rasa nasi ambeng hari tu tak mengecewakan...

tak buat kek... tapi buat Chocolate Brownies Kukus Lapis Cheese

Menu last minute... samosa

huhu... tayang set ambeng ke k. Nie?? orang kelatan rewang susun ambeng... cayalah k. Nie...








Notes: kalau nak baca tentang nasi ambeng... sila klik sini... ada sedikit maklumat untuk dikongsi...

Monday 20 December 2010

8 tahun nan indah

Beduk dipalu memanggil berkumpul,
Khabar indah disahut ria,
Kasih termeterai janji disimpul,
Mengukir sejarah hari bahagia.

Hari bahagia kasih terukir,
Degup debar mempelai berdua,
Lafaz ijab kalimah di zahir,
Menyatu hati insan berdua.

Lafaz dizahir menyatu hati,
Mengungkap rasa kata bermadah,
Bunga kasih subur menyeri,
Tanda hati bersinar indah.

Bunga hati indah berseri,
Laman mekar elok di mata,
Walau onak datang menguji,
Cekalkan jiwa mengharung bersama.

Onak jiwa cekal diharung,
Sandaran iman benteng dibina,
Pada Allah kita berpayung,
Hanya DIA kekal dicinta.

Salam ulang tahun perkahwinan yang ke-8 hari ini 20.12.2010 buat suami tercinta Saifullizan Mohd Bukari...

Terima kasih yang tak terhingga untuk 8 tahun nan indah menyimpul ikatan, memeterai janji, menyulam kasih, menganyam cinta, mengalun tingkah citra kehidupan bersama...

Syukur kepadaMu ya Allah di atas kurniaan rahmat Mu ini... Moga kasih ini mebawa kami kepada cinta Mu yang satu...

Monday 13 December 2010

Tomyam Ayam


Hari ni en. Hubby yang bagi idea menu untuk masak... dia cadangkan masak tomyam untuk makan malam... hmm.. jenguk bahan-bahan dalam fridge... ok... tomyam siap!!!!!!!!!!


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil
*2 biji cili merah
*10 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
*4 biji bawang merah (selalunya emi guna 1/2 biji bawang besar jer)
*1 biji bawang putih
*1 cm halia
*1 cm lengkuas
1 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
1 - 2 biji limau nipis - ambil perahan airnya (bergantung tahap masam yg dikehendaki)
sedikit daun ketumbar - cincang kasar
1 biji tomato - belah 4
Air secukupnya
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

tumbuk @ blend kasar bahan-bahan bertanda *

sayur-sayuran ikut citarasa masing-masing - emi selalu bubuh kobis, carrot, cendawan & capsicum


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
  2. Masukkan daun limau purut serta ayam dan kacau rata. Masak hingga ayam kecut dan mengeluarkan air. Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah. Masak dengan api yang besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus renehkan hingga ayam empuk.
  3. Masukkan garam secukupnya dan gula sedikit. Masukkan sayur-sayuran seperti carrot dulu, diikuti dengan cendawan.
  4. Bila carrot hampir empuk, masukkan tomato dan jus limau nipis. Adjust rasa masam ikut citarasa masing-masing. Biar kuah mereneh seketika.
  5. Akhir sekali, masukkan kobis, cili capsicum dan daun ketumbar dan tutup api serta merta. Kacau rata sekali lagi. Hidangkan panas-panas.

Chicken Grilled with vegetable salsa

Menu di suatu hujung minggu....


Chicken Grilled with vegetable salsa
(inspired by Saizeriya Restorante & Cafe)


Bahan-bahan

2 keping isi ayam

* Perap ayam dengan semua bahan dibawah selama 1-3 jam (lg lama lg best)
1 sudu besar mixed herbs
1 sudu kecil serbuk lada hitam - ikut suka kepedasan masing2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar air perahan lemon
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

- Emi masak/grill ayam atas non-stick pan jer...
- tak perlu minyak sebab nanti ayam tu akan keluar minyak juga...
- guna api perlahan supaya ayam masak sekata...



Side dish (optinal)

Grilled potato & carrot


2 biji kentang - basuh bersih dan potong 6 (tak perlu kupas kulit)
1 batang carrot (kecil) - potong baji
2 biji piman (green capsicum)

* rebus kentang dan carrot sehingga separuh masak (jangan sampai kentang empuk, nanti mudah hancur bila nak grill)

perap kentang dan carrot (yg telah direbus) bersama piman dengan bahan yg sama seperti perap ayam. lepas siap grill ayam, gunakan kuali yang sama untuk grill kentang dan carrot ni. hasil lebih sedap sebab guna minyak yang keluar dari ayam.


Black pepper sauce

1/2 biji bawang kuning - potong dadu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam & gula

Guna kuali dan minyak yang sama utk grill ayam tadi, tumis bawang sehingga kuning.... dengan api perlahan, kacau bawang hingga caremelized... masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga tepung jadi kental. masukkan lada hitam. Masukkan air sikit2 sambil kacau hingga sebati semuanya dan kuah jadi pekat... masukkan serbuk pati ayam, garam dan gula secukup rasa... bila didih, tutup api dan boleh hidangkan bersama ayam tadi...

Notes: masuk air sikit2 sambil kacau... adjust sukatan air supaya hasil kuahnya just nice.. kalau pekat sangat, tambah air sikit lagi...

Vegetable salsa

Bahan-bahan

*1 biji timun jepun (buang empulurnya) - kalu guna timun biasa tu, 1/2 biji pun dah cukup
*1/2 biji avocado
*1/2 biji bawang besar (kuning)
*1/2 biji tomato
sedikit daun parsley (cincang)
1/2 biji perahan lemon
garam & gula secukup rasa

Cara-cara:

Potong dadu halus semua bahan-bahan bertanda *.
Satukan semua bahan termasuk daun parsley dan perahan limau ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Perisakan dengan garam & gula ikut sesedap rasa. (kalau salsa ni kena ada rasa masam-masam)
Tutup mangkuk dengan cling wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Bila ayam dah masak dan sedia untuk dihidang, tabur salsa di atas ayam macam dalam gambar kat bawah ni... huhuhu...


salad campak-campak... peberet en. Hubby

Sunday 12 December 2010

Bubur Nasi +++


Hari ni masak bubur nasi untuk anak dara ku Amalia yang demam... semalam dia mengadu sakit nak telan makanan... tu dah bagi makan udon yg lembut & licin abis dah tu... kesian menengoknya bila dia tak lalu makan...


So menu hari ni bubur nasi la jawabnya... dia kata nak makan bubur ngan ayam goreng... hmm... ikutkan je lah... mudah-mudahan dia makan... tapi Emi buatkan jugak sup ayam... untuk pelincir kata en. Hubby.... huhuhu....

Ni untuk Amalia, suka betul makan bubur ngan telur masin

Crispy chicken wings


Tapi yang sedihnya... Amalia cuma makan beberapa suap jer... masih terasa tak sedap badan... siannya anak ibu.... ibu ngan ayah dia pulak yang makan lebih2... huhuuhu....


Pelincir... sup ayam

Sayur bayam jepun + cendawan butang goreng pedas



Notes: Kalu dah dengan sayur goreng pedas, ayam goreng & telur masin segala... memang la makan tak hengat punya... huhuhuh....

Friday 10 December 2010

Kuih Cara Berlauk



Ini menu tertangguh... Emi buat masa jamuan Hari Raya Haji ramai-ramai kat sini di rumah "Penghulu" Chiba.... hehehe... raya tahun ni Emi panggil "Aidiladha Musim Luruh"... ye laa... kan time sambut raya haji tu tengah aki @ musim luruh...


ok... untuk resepi asal boleh la refer kat sini... to tell the truth... everytime buat kuih cara ni emi tak pernah sukat bahan2nya... semua main bubuh jer.... bancuh ikut sedap tangan mengacau... huhuhu.... tapi bagi sesiapa yang nak try dan perlukan resepi... kat sini emi tolong copy n paste dari MyResepi@Syahmi untuk rujukan... tapi mintak ampun tuan punya resepi sebab ada yang emi memandai ubah... huhuhu....

Bahan-bahan ( 50 biji )

BAHAN UNTUK INTI DAGING :
  • 2 cawan daging kisar [emi selalu guna ayam jer... sbb en. Hubby tak leh mkn daging... huhuhu]
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )[selalunya emi guna 1 sudu rempah kari + 1 sudu rempah kurma]
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • Garam secukup rasa
* Dipotong dadu


BAHAN UNTUK BATTER:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan [emi guna fresh milk + air]
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

INTI:
  1. Tumis rempah hingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  4. Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
cara emi:

tumis bawang besar sampai naik bau - masukkan daging/ayam - masukkan rempah - kacau rata - masukkan sikit air, agak2 cukup utk daging empuk - perisakan dengan garam & gula - masak hingga daging kering - masukkan daun sup - kacau - siap.

BATTER
  1. Pukul telur + garam.
  2. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  3. Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu batter ini. Titikkan sedikit pewarna.
  4. Kalau guna blender pun, lagi senang.
cara emi:

dalam mangkuk besar, masukkan tepung - buat lubang ditengah2 - pukul telur dan garam sikit - masukkan di tengah2 tepuung - kacau perlahan2 - masukkan susu + air sikit2 sambil kacau perlahan2 hingga habis - blend adunan tepung untuk menghaluskan batter


Cara memasak :

  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging.
  4. Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
  5. Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
* adjust bancuhan adunan supaya jgn terlalu pekat atau cair.
**Untuk kuih cara manis, lepas siap bancuh & tapis adunan, titikkan pewarna hijau dan perisa pandan. Tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

huhuhu... yang selambak ni kuih cara yang dibawa masa jamuan tu.... ada dua plate besar camni...

Jugyousankan @ Parents' day

Hari Sabtu 4 December lepas, ada Jugyousankan kat sekolah Amalia.... jugyousankan ni adalah parents' day @ parents' visit.... masa tu lah parents akan datang ke sekolah dan berpeluang tengok macamana anak kita belajar dalam kelas.... time tu parents akan berada keliling kelas sambil tengok sensei mengajar dan anak kita belajar... sesi pembelajaran berjalan seperti biasa, as if parents semua tu takde pun dalam kelas... usually there will be no interaction between parents and their children or the sensei during the lesson.... lepas selesai kelas, baru la ada sesi ngan parents pulak...

kat sini setiap penggal persekolahan akan ada sekurang-kurangnya dua kali jugyousankan ni... yang Emi perasan... satu kali jugyousankan dibuat masa weekday... time ni biasanya cuma okaasan (ibu-ibu) sahaja yang hadir ke sekolah... almaklum la... kalu weekdays, semua otoosan (ayah-ayah) kat Jepun ni sibuk bekerja.... and most of the mothers are full-time housewives....

akan ada juga satu kali jugyousankanyang dibuat pada hari Sabtu... contohnya yang macam ni... so, ayah-ayah pun berpeluang la tengok anak-anak diorang beraksi dalam kelas... heheheh...



Lagu kelas : Yasashi San Kumi

Untuk sesi baru-baru ni... subjek yang diajar masa jugyousankan tu adalah Ongaku... muzik la... hehehhe.... memang enjoy tengok budak-budak ni .... bersungguh-sungguh menyanyi... alat music utama yang diajar kat sekolah adalah pianica.... awal-awal masuk sekolah dulu dah kena beli dah pianica ni....




Hakikatnya, bila menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan Jepun, kadang-kadang buat Emi terfikir.... alangkah berbezanya suasana pembelajaran di sini.... tapi, perlu diingat... lain padang, lain belalang.... nevertheless... with due respect, tak salah kalau kita mengaplikasikan mana-mana yang difikir sesuai..... maybe we need to do some modification, of course, untuk sesuaikan dengan keadaan di Malaysia... hmm....????



Notes: sebenarnya diorang tak galakkan untuk ambil gambar atau video... takut konsentrasi anak-anak terganggu... hehehe... ni pun amik guna iphone jer...supaya tak la obvious sgt..... huhuhhu....

CAKK!!!!


Subhanallah.... Lama betul tak menulis.... tiada langsung entry untuk bulan November... maaf kalau ada yang kecewa bila tengok tiada update terbaru di laman ini (cewah... macam la ada orang yg kisah kan... perasan sungguh!!!).... huhuhuh.... kerana apa tak menulis, yang itu biarlah menjadi sebab peribadi semata-mata....

Insyaallah, Emi akan kembali menulis...

sebenarnya, walaupun tak update blog, aktiviti memasak n photo shooting tetap berjalan seperti biasa... dah berfolder2 gambar yg mintak di upload... huhhu.... jenuh la nak menghapdet lepas ni... hambik ko... sape suruh "cuti" menulis.....

ok... see you guys in the next entry ok...

momiji... musim yang dah nak sampai ke penghujung...